Rata rata persoalan yang timbul dari orang ramai ialah
tentang perut dan senaman yang sesuai. Lelaki selalunya bertanya. Biasalah,
lelaki akan lebih konfiden dan macho kalau mempunyai perut yang kempis dan ada
shape – 6 pax, kan? Sebenarnya bukan susah anda mahukan apa yg diidamkan, hanya
dengan teknik yang sesuai dan ilmu yang secukupnya sudah memadai. For now,
focus yang diberikan untuk senaman cardio bagi mengempiskan perut anda iaitu
dengan apa-apa jua senaman yang berbentuk cardio seperti jogging, badminton,
futsal mahupun berenang.
Kardio boleh kempiskan perut? Bukan Sit-ups ke?
Macam pelik kan. Bukankah sepatutnya anda melakukan sit-ups
atau crunshes ke untuk perut yg kempis dan cantik? Hakikatnya memang ya, dengan
swimming anda boleh membakar kalori yang terkandung dalam badan dan seterusnya
menampakkan abdominal muscles yang disembunyikan itu. Prinsip mudah yang anda
harus pegang sampai bila bila ialah anda membuat sit-ups atau crunches atau apa
apa senaman perut, ini menguatkan otot otot perut anda, tapi jika otot otot
diperut anda di’cover’ oleh lapisan lemak, dibahagian mana otot otot tersebut
akan kelihatan? Untuk membakar lemak diperut anda, lakukanlah apapun senaman
yang membolehkan heart rate tinggi dan metabolism badan bergerak laju, dengan
ini kalori yang dibakar lebih banyak dan lemak lemak yang terkumpul dibadan
anda akan kurang – sekiranya pengambilan kalori tidak melebihi pembakaran
kalori seharian anda.
Berenang tu paling sesuai?
Jadi, apakah swimming sesuai untuk perut? Macam mana nak
lakukannya?
- Senaman
impak rendah. Anda tidak perlu risau dengan melakukan aktiviti di
dalam air kerana impak senamannya lebih rendah berbanding berada di atas
tanah seperti berlari,jogging atau aerobic. Sekurang kurangnya
menggelakkan anda daripada mengalami kecederaan ketika melakukan senaman
kardio yang lain.
- Gabungan
kardio dan strength: Berenang bukan sahaja senaman cardio malah
berenang ini juga adalah salah satu strength workouts. Pergerakan lawan
arah yang dilakukan dalam air menghasilan rintangan yang tinggi, maknanya,
anda berkelebihan untuk membakar lebih kalori dan menguatkan otot pada
masa yang sama. Dan kawal intensity semasa berenang!
- Total
body workout: Berenang juga senaman yang memberi kesan kepada
otot otot dalam tubuh; daripada bahagian kaki ke tangan,dada, bahu dan
perut(lower&upper abs). Anda menggunakan seluruh tubuh bila berenang
dan cara ini lebih efektif untuk fat burning berbanding cara yang lain.
Senaman kardio lain?
Jadi tiada masalah untuk menggantikan senaman berenang
dengan senaman kardio yang lain. Yang paling penting adalah tingkatkan
pembakaran kalori berbanding pengambilan. Sekali sekala, buatlah sit-ups dan
crunches untuk kekuatan otot anda!
No comments:
Post a Comment