Sunday, 8 March 2015

Senaman Squat



Pasti ramai yang pernah mendengar dan pernah mencuba senaman squat ini. Terutamanya kepada golongan wanita, senaman squat lebih terkenal sebagai salah satu cara untuk mendapatkan bentuk punggung yang lebih cantik. Squat adalah senaman yang amat bagus untuk bahagian bawah badan. Squat juga amat mudah untuk di amalkan kerana ianya boleh di lakukan hampir di mana-mana, dengan menggunakan peralatan ataupun tanpa sebarang alatan. Selain itu, apakah lagi kelebihan squat?

Membentuk dan menguatkan otot badan

Squat sememangnya melibatkan bahagian bawah badan dan membantu membina otot kaki seperti quadriceps dan hamstrings tetapi senaman ini juga boleh menggalakkan pembinaan otot di seluruh badan. Pengeluaran testosteron terhasil apabila senaman squat di lakukan dengan betul. Ianya membantu dalam membantu pertumbuhan otot di kawasan selain daripada kaki anda.






Mengekalkan keupayaan untuk bergerak

Kaki adalah bahagian tubuh terpenting untuk memudahkan kita bergerak dan melakukan aktiviti seharian. Squat dapat membantu meningkatkan kekuatan kaki dan mengurangkan peluang untuk sakit belakang badan ataupun sakit lutut. Kajian menunjukkan bahawa orang-orang tua yang menghidap osteoarthritis menunjukkan penurunan sakit lutut dan boleh lebih cepat berjalan laju dengan latihan squat.


Meningkatkan keseimbangan

Squat dapat memberi hasil kepada dalaman kita. Selain daripada menstabilkan otot, ia membantu anda untuk mengekalkan keseimbangan badan. Ia terbukti meningkatkan komunikasi di antara otak dan otot utama badan yang boleh meningkatkan daya ingatan otot seterusnya mencegah badan daripada jatuh. Squat boleh menggantikan pengambilan suplemen untuk tulang dan sebagainya.


Membakar kalori

Akhir sekali, squat juga dapat membakar kalori dengan lebih banyak berbanding lain-lain senaman kaki. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, squat membantu membentuk otot keseluruhan badan. Salah satu cara yang efektif untuk membakar lebih kalori adalah dengan meningkatkan lebih otot badan.

No comments:

Post a Comment