Sunday, 15 March 2015

Insomnia





Apa itu insomnia?
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.
Tahap insomnia
* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Jenis insomnia
* Insomnia primer
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.
A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia
B. Bukan psikiatri
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
* Epilepsi
* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
* Penyakit Parkinson
* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu
sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku
* Rest leg syndrome
* Pedih hulu hati
* High altitude insomnia
* Angin ahmar
* Penyakit Alzheimer
* Ketumbuhan otak
* Migrain

Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:
* Insomnia akut
Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:
a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah
b. Sakit yang ringan
c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,
d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.
* Insomnia kronik
Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.

TIP
* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
* Jangan merokok
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.


Sunday, 8 March 2015

Senaman Kardio








Rata rata persoalan yang timbul dari orang ramai ialah tentang perut dan senaman yang sesuai. Lelaki selalunya bertanya. Biasalah, lelaki akan lebih konfiden dan macho kalau mempunyai perut yang kempis dan ada shape – 6 pax, kan? Sebenarnya bukan susah anda mahukan apa yg diidamkan, hanya dengan teknik yang sesuai dan ilmu yang secukupnya sudah memadai. For now, focus yang diberikan untuk senaman cardio bagi mengempiskan perut anda iaitu dengan apa-apa jua senaman yang berbentuk cardio seperti jogging, badminton, futsal mahupun berenang.

Kardio boleh kempiskan perut? Bukan Sit-ups ke?
Macam pelik kan. Bukankah sepatutnya anda melakukan sit-ups atau crunshes ke untuk perut yg kempis dan cantik? Hakikatnya memang ya, dengan swimming anda boleh membakar kalori yang terkandung dalam badan dan seterusnya menampakkan abdominal muscles yang disembunyikan itu. Prinsip mudah yang anda harus pegang sampai bila bila ialah anda membuat sit-ups atau crunches atau apa apa senaman perut, ini menguatkan otot otot perut anda, tapi jika otot otot diperut anda di’cover’ oleh lapisan lemak, dibahagian mana otot otot tersebut akan kelihatan? Untuk membakar lemak diperut anda, lakukanlah apapun senaman yang membolehkan heart rate tinggi dan metabolism badan bergerak laju, dengan ini kalori yang dibakar lebih banyak dan lemak lemak yang terkumpul dibadan anda akan kurang – sekiranya pengambilan kalori tidak melebihi pembakaran kalori seharian anda.

Berenang tu paling sesuai?

Jadi, apakah swimming sesuai untuk perut? Macam mana nak lakukannya?
  1. Senaman impak rendah. Anda tidak perlu risau dengan melakukan aktiviti di dalam air kerana impak senamannya lebih rendah berbanding berada di atas tanah seperti berlari,jogging atau aerobic. Sekurang kurangnya menggelakkan anda daripada mengalami kecederaan ketika melakukan senaman kardio yang lain.
  2. Gabungan kardio dan strength: Berenang bukan sahaja senaman cardio malah berenang ini juga adalah salah satu strength workouts. Pergerakan lawan arah yang dilakukan dalam air menghasilan rintangan yang tinggi, maknanya, anda berkelebihan untuk membakar lebih kalori dan menguatkan otot pada masa yang sama. Dan kawal intensity semasa berenang!
  3. Total body workout: Berenang juga senaman yang memberi kesan kepada otot otot dalam tubuh; daripada bahagian kaki ke tangan,dada, bahu dan perut(lower&upper abs). Anda menggunakan seluruh tubuh bila berenang dan cara ini lebih efektif untuk fat burning berbanding cara yang lain.

Senaman kardio lain?

Jadi tiada masalah untuk menggantikan senaman berenang dengan senaman kardio yang lain. Yang paling penting adalah tingkatkan pembakaran kalori berbanding pengambilan. Sekali sekala, buatlah sit-ups dan crunches untuk kekuatan otot anda!

Senaman Squat



Pasti ramai yang pernah mendengar dan pernah mencuba senaman squat ini. Terutamanya kepada golongan wanita, senaman squat lebih terkenal sebagai salah satu cara untuk mendapatkan bentuk punggung yang lebih cantik. Squat adalah senaman yang amat bagus untuk bahagian bawah badan. Squat juga amat mudah untuk di amalkan kerana ianya boleh di lakukan hampir di mana-mana, dengan menggunakan peralatan ataupun tanpa sebarang alatan. Selain itu, apakah lagi kelebihan squat?

Membentuk dan menguatkan otot badan

Squat sememangnya melibatkan bahagian bawah badan dan membantu membina otot kaki seperti quadriceps dan hamstrings tetapi senaman ini juga boleh menggalakkan pembinaan otot di seluruh badan. Pengeluaran testosteron terhasil apabila senaman squat di lakukan dengan betul. Ianya membantu dalam membantu pertumbuhan otot di kawasan selain daripada kaki anda.






Mengekalkan keupayaan untuk bergerak

Kaki adalah bahagian tubuh terpenting untuk memudahkan kita bergerak dan melakukan aktiviti seharian. Squat dapat membantu meningkatkan kekuatan kaki dan mengurangkan peluang untuk sakit belakang badan ataupun sakit lutut. Kajian menunjukkan bahawa orang-orang tua yang menghidap osteoarthritis menunjukkan penurunan sakit lutut dan boleh lebih cepat berjalan laju dengan latihan squat.


Meningkatkan keseimbangan

Squat dapat memberi hasil kepada dalaman kita. Selain daripada menstabilkan otot, ia membantu anda untuk mengekalkan keseimbangan badan. Ia terbukti meningkatkan komunikasi di antara otak dan otot utama badan yang boleh meningkatkan daya ingatan otot seterusnya mencegah badan daripada jatuh. Squat boleh menggantikan pengambilan suplemen untuk tulang dan sebagainya.


Membakar kalori

Akhir sekali, squat juga dapat membakar kalori dengan lebih banyak berbanding lain-lain senaman kaki. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, squat membantu membentuk otot keseluruhan badan. Salah satu cara yang efektif untuk membakar lebih kalori adalah dengan meningkatkan lebih otot badan.

Ebola








Ebola. Satu nama virus yang pernah merebak di Afrika suatu ketika dahulu dengan sangat paniknya. Tahap kedahsyatan merebaknya virus Ebola ini pernah diabadikan dalam sebuah filem bertajuk 'Outbreak' yang dihasilkan pada tahun 1995, lakonan Dustin Hoffman dan juga pelakon popular, Morgan Freeman.

Apakah Virus Ebola?
Penyakit Virus Ebola yang juga dikenali sebagai EVD merupakan penyakit jangkitan virus yang parah dengan menunjukkan ciri-ciri seperti flu, dan pendarahan dalaman yang teruk. Kadar untuk selamat adalah sangat rendah. 60 hingga 90% orang yang terkena virus ini akan mengalami kematian.

Di Manakah Ebola Bermula?
Ebola mula dikesan pada tahun 1976 di Nzara, Sudan dan juga Yambuku, Zaire (Republik Demokratik Congo). Di Zaire, kampung di mana wabak Ebola ini mula dikesan adalah berdekatan dengan sungai bernama Ebola. Di situlah di mana virus ini mendapat nama. Kelawar buah dikatakan merupakan binatang yang dikenalpasti mengjangkitkan manusia dengan penyakit tersebut. Di Afrika, interaksi antara manusia dengan binatang seperti chimpanzee, gorila, monyet, antelop dan landak juga merupakan antara punca penyebab berjangkitnya Virus Ebola ini kepada manusia

Apakah Simptom Ebola?
Penyakit Ebola biasanya menunjukkan ciri-ciri seperti flu. Sebagai contohnya demam, sakit otot, sakit kepala dan juga sakit tekak. Simptom ini diikuti dengan tanda seperti muntah, cirit birit, ruam, kegagalan ginjal berfungsi dan juga pendarahan dalaman atau luaran. Virus ini akan mula menunjukkan kesan simptom antara 2 hingga 21 hari.

Bagaimana Ebola Boleh Berjangkit?
Virus Ebola bukanlah penyakit jangkitan melalui udara. Penyakit ini hanyalah berjangkit melalui sentuhan bendalir badan, seperti darah. Pekerja kesihatan merupakan mereka yang sangat berisiko tinggi jika tidak memakai peralatan dan pakaian yang selamat, seperti topeng, gaun dan sarung tangan.


Apakah Rawatan Untuk Ebola?
Buat masa sekarang, masih belum ada. Sekadar beberapa vaksin yang masih lagi dalam eksperimen percubaan. Doktor kebiasaannya akan menyediakan penjagaan tambahan yang lebih rapi kepada pesakit, termasuk bantuan oksigen, pemindahan darah dan rawatan mengelakkan jangkitan penyakit lain.

Adakah Jangkitan Ebola Yang Terbaru Adalah Kritikal?
Pada Februari 2014, variasi Virus Ebola ditemui di Guinea. WHO (World Health Organisation) melaporkan sehingga 23 Julai 2014, sebanyak 1201 kes Ebola telah disahkan di seluruh dunia, dengan jumlah kematian sudah mencecah seramai 672.

Sunday, 1 March 2015

Thalassemia








Apa itu thalassemia?

Thalassemia adalah kelainan pada darah berupa kegagalan tubuh membentuk hemoglobin yang normal. Hemoglobin adalah  protien yang terdapat pada sel darah merah dengan fungsi utama menghantarkan oksigen ke seluruh organ tubuh. penyakit yang diturunkan pada ibu bapa ke anaknya ini dapat menyebabkan kerosakan pada sel darah merah sehingga terjadi anemia.

Gejala

Jenis thalassemia yang paling bahaya adalah alpha thalassemia dan biasanya bayi yang menderita penyakit ini akan meninggal ketika berada dalam kandungan ketika kandungan sudah dewasa.

Gejala lain thalassemia:

1. Deformitas bentuk tulang pada sekitar wajah
2. Lesu
3. Gangguan pertumbuhan
4. Pembengkakan pada hati dan limpa
5. Nafas pendek
6. Kulit kekuningan

Pengubatan

Pengubatan thalassemia biasanya dengan tranfusi darah secara rutin dan pemberian suplemen asam folat. Ketika melakukan tranfusi darah, pengidap dilarang minum suplemen zat besi sebab jika dilakukan maka akan terjadi peumpukan zat besi didalam tubuh dan ini sangat bahaya. Transplantasi sumsum tulang juga berguna untuk mengubati penyakit ini terutama pada anak-anak.