Assalamualaikum, tujuan saya menulis artikel ini adalah kerana diatas dasar keperihatinan saya terhadap generasi masa kini yang inginkan badan 'sado' katanya. Sudah ramai penjual steroid muncul dan dipintu-pintu gym bagi mempromosikan produk-produk steroid mereka tanpa menjelaskan tentang kesan-kesan sampingannya. Ini kerana ingin menjaga reputasi syakirat mereka. Kepada yang tak tahu tentang steroid, disini saya ingin menerangkan sedikit sebanyak tentang steroid.
Steroid adalah sejenis hormon yang bertindak sebagai agen anti radang dan juga merencat sistem pertahanan atau sistem imum seseorang. Apa yang saya tahu, steroid ini boleh mengubati penyakit alahan, asma/lelah, bengkak, sakit lutut, penggantian organ dan lain lain. Segelintir masyarakat mengatakan bahawa steroid amat baik untuk membina otot dengan pantas.Tahap kekuatan penggunaan steroid naik begitu mendadak sekali, dimana mereka mampu untuk mengangkat bebanan yang lebih berat daripada biasa serta tahap recovery (pemulihan) bagi steroid juga dicapai lebih pantas. Pengambilan steroid memang cepat naik tapi cepat turun juga. Kalau tak dijaga, memang kembang lah badan kita dan susah nak turun berat badan.
Apabila steroid dimasukkan kedalam tubuh seseorang samada melalui suntikan atau pemakanan, maka akan berlaku peningkatan yang mendadak terhadap dua hormon utama iaitu Testosterone dan Estrogen. Terdapat banyak simtom atau kesan daripada pengambilan steroid.
Antara kesan buruk steroid Anabolik adalah:
Kesan pada lelaki
1. sakit kepala
2. botak
3. pembesaran buah dada
4. pengecutan testis
6. pengurangan bilangan sperma
Kesan pada perempuan
1. Pengurangan saiz buah dada
2. Pemanjangan biji kelentit
3. Penambahan bulu
4. Suara menjadi garau
5. Kitar haid tidak betul
Itu saja untuk hari ini, saya harap maklumat daripada artikel diatas dapat memberi sedikit pencerahan serta kefahaman kepada anda mengenai kesan penggunaan steroid. Yang mana ada rakan sado sado tu, kongsikan lah maklumat ini. Sekian
No comments:
Post a Comment