Sunday, 22 February 2015

Kesan Berdengkur Dan Cara Mencegah







Ada sesiapa yang suka berdengkur? Kalau ada tu, mungkin dia kurang waras kot..hehe.. Tapi bila ada yang berdengkur memang menyakitkan hati, dia bukan main lagi lena tidur, orang lain pulak yang terseksa. Berdengkur kalau slow takpe, ni dah macam konsert pulak, kadang kadang tu dah macam bunyi 'motor bot'. Tapi tak boleh nak salahkan orang, diri sendiri pun berdengkur.,hehe..

So, sekarang saya nak terangkan bagaimana nak mengelakkan berdengkur dan kesan akibat berdengkur. Berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus individu yang mengalami masalah ini. Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan uadara dari hidung dan mulut kebahagian paru paru tersekat. Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika sedang tidur beberapa saat.

Bagi kanak kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil dibelakang hidung).Perkara ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana jika berlarutan, ia boleh mendatangkan penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes



PUNCA BERDENGKUR

1. Alahan
2. Tulang hidung yang bengkok
3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak
4. Obes
5. Alkohol
6. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur
7. Kedudukan tidur yang terlentang
8. Tonsil yang bengkak

KESAN TIDUR BERDENGKUR

Individu tidur berdengkur boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, lesu, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya  ingatan. Paling membahayakan sekiranya mereka senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu disimpang trafik light.

CARA MENCEGAH

1. Mngurangkan berat badan jika berat badan berlebihan.
2. Elakkan pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk
3. Tidur dalam posisi mengiring
4. Berhenti merokok.


Friday, 6 February 2015

Pengambilan Steroid Dalam Badan










Assalamualaikum, tujuan saya menulis artikel ini adalah kerana diatas dasar keperihatinan saya terhadap generasi masa kini yang inginkan badan 'sado' katanya. Sudah ramai penjual steroid muncul dan dipintu-pintu gym bagi mempromosikan produk-produk steroid mereka tanpa menjelaskan tentang kesan-kesan sampingannya. Ini kerana ingin menjaga reputasi syakirat mereka. Kepada yang tak tahu tentang steroid, disini saya ingin menerangkan sedikit sebanyak tentang steroid.

Steroid adalah sejenis hormon yang bertindak sebagai agen anti radang dan juga merencat sistem pertahanan atau sistem imum seseorang. Apa yang saya tahu, steroid ini boleh mengubati penyakit alahan, asma/lelah, bengkak, sakit lutut, penggantian organ dan lain lain. Segelintir masyarakat mengatakan bahawa steroid amat baik untuk membina otot dengan pantas.Tahap kekuatan penggunaan steroid naik begitu mendadak sekali, dimana mereka mampu untuk mengangkat bebanan yang lebih berat daripada biasa serta tahap recovery (pemulihan) bagi steroid juga dicapai lebih pantas. Pengambilan steroid memang cepat naik tapi cepat turun juga. Kalau tak dijaga, memang kembang lah badan kita dan susah nak turun berat badan.

Apabila steroid dimasukkan kedalam tubuh seseorang samada melalui suntikan atau pemakanan, maka akan berlaku peningkatan yang mendadak terhadap dua hormon utama iaitu Testosterone dan Estrogen. Terdapat banyak simtom atau kesan daripada pengambilan steroid. 

Antara kesan buruk steroid Anabolik adalah:

Kesan pada lelaki

1. sakit kepala
2. botak
3. pembesaran buah dada 
4. pengecutan testis
6. pengurangan bilangan sperma

Kesan pada perempuan

1. Pengurangan saiz buah dada
2. Pemanjangan biji kelentit
3. Penambahan bulu
4. Suara menjadi garau
5. Kitar haid tidak betul

 Itu saja untuk hari ini, saya harap maklumat daripada artikel diatas dapat memberi sedikit pencerahan serta kefahaman kepada anda mengenai kesan penggunaan steroid. Yang mana ada rakan sado sado tu, kongsikan lah maklumat ini. Sekian